Pages

Thursday 26 July 2012

Panduan Solat Tarawih


 Salam semua :) senyum Okay! Kali ini saya nak share tentang solat sunat tarawih.. Ramai yang dah tau betul tidak? tapi mungkin tidak ramai yang tahu secara mendalam tentang slat sunat terawih ini. Maka saya pun tulis tentang ini kerana ada sahabat saya bertanya tentang tajuk ini.

Apakah hukum solat sunat tarawih ini? Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.


(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)

Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu
Dari malam 1 hingga 15 Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takasur hingga surah al-Lahab.

Susunan surah-surah adalah seperti :

1. Al-Takatsur
2. Al-Asr
3. Al-Humazah
4. Al-Fil
5. Al-Quraisy
6. Al-Ma’un
7. Al-Kautsar
8. Al-Kafirun
9. An-Nasr
10. Al-Lahab
 
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas.
 Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.

Sembahyang Witir Sebanyak Tiga Rakaat.
i. Sembahyang witir ini ditunaikan dengan satu takbiratul Ihram dan satu salam sahaja. Lafaz niatnya:


(Sahaja aku sembahyang sunat witir tiga rakaat makmum kerana Allah Taala)

ii. Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal.
iii. Bacaan surah selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah al-A’la
Rakaat kedua: Surah al-Kafirun
Rakaat ketiga: Surah-surah
1. Al-Ikhlas
2. Al-Falaq
3. An-Nas
iv. Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut sunat sujud sahwi.
v. Berzikir atau bertahlilSeperti biasa selepas sembahyang witir diadakan tahlil. Terdapat berbagai cara mengelolakan tahlil ini. Cara yang disebut di halaman 29 bolehlah diikuti dari mula hingga akhir.

#untuk keterangan lebih lanjut boleh lah download Panduan Sembahyang Solat Sunat Tarawih


tu saje lah harap ini dapat memberi manfaat kepada anda semua ye :)






 

No comments:

Post a Comment