Pages

Tuesday 24 July 2012

Puasa kita bagaimana?


 "Hai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepadamu mengerjakan puasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang terdahulu dari kamu, supaya kamu terpelihara dari kejahatan." (surah Al Baqarah: 183)
Dengan berpuasa seseorang dapat melatih dan mendidik diri untuk mengatasi kebiasaan dan menolongnya menguasai jasmaninya serta me-lengkapkan diri dalam menghadapi kerumitan - kerumitan dan krisis-krisis di dalam kehidupan seseorang.
Diterangkan dalam hadith :

 عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ. (رواه الترمذي)
 
Dari Mu'az bin Jabal r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?" "Mahu, ya Rasulullah", jawabku. Baginda pun menerangkan,  sabdanya: "Puasa itu perisai (dari kejahatan) dan sedekah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadami api "
(Hadith Sahih - Riwayat Tirmiz)
 
Di dalam Islam, puasa termasuk di antara ibadat-ibadat yang mendidik jasmani dan rohani. Menurut Syarak, puasa ialah meninggal-kan makan, minum, merokok dan segala yang membatalkannya dari terbit fajar sadik hingga terbenam matahari.
Dari segi rohani, puasa akan mendidik jiwa manusia bersifat sabar, sanggup menghadapi kesukaran dan penderitaan untuk meningkatkan nilai rohani manusia.


Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang maksudnya: "Kami kaum yang tidak akan makan kecuali lapar dan apabila makan, kami tidak makan hingga kenyang."

 
Orang-orang yang wajib mengerja-kan puasa Ramadan adalah seperti berikut:
  • Beragama Islam
  • Sudah cukup umur (baligh)
  • Berakal; orang gila tidak wajib
  • Berdaya mengerjakannya
  • Bermukim (tinggal tetap dalam negeri)
 
Seseorang yang ingin mengerjakan puasa sama ada puasa Ramadan atau puasa-puasa sunat mestilah melengkapi syarat-syarat yang berikut:
  • Beragama Islam
  • Berakal bukan gila
  • Mumaiyiz (Kanak-kanak yang dapat membezakan antara baik dan buruk iaitu berumur di antara 6 dan 7 tahun)
  • Suci dari haidh, nifas dan wiladah bagi orang-orang perempuan
  • Hari-hari yang dibolehkan berpuasa padanya. Hari-hari yang dilarang berpuasa ialah:
  • 1 Syawal (Hari Raya AidilFitri);
  • 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha);
  • 11, 12, 13 Zulhijjah;
  • 30 Syaaban.

RUKUN PUASA

Niat Puasa
Niat puasa boleh dibaca di dalam bahasa yang difahami oleh seseorang Muslim itu.

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

"Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala." 

Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa :
  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Makan, minum, merokok membatalkan puasa
  • Muntah dengan sengaja; muntah yang tidak dengan sengaja tidak membatalkan puasa
  • Mengeluarkan air mani
  • Melakukan jimak (hubungan jenis) pada siang hari
  • Kedatangan haidh, nifas atau wiladah
  • Menjadi gila
  • Pitam sepanjang hari
  • Mabuk sepanjang hari
  • Murtad iaitu keluar dari agama Islam
 

SUNAT PUASA

  • Makan sahur walaupun sedikit.                                                                                                                                                                                                                                               Riwayat dari Annas, katanya Rasulullah saw bersabda:  "Bersahurlah kamu, kerana bersahur     itu ada berkatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)                                                    Rasulullah saw telah bersabda: "Makanlah sahur kerana ia menolong menguatkan kamu berpuasa pada siang hari."
  • Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
    Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
    Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
    Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”(HR Muslim)
  • Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
    Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”(HR Bukhari & Muslim)
    Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
  • Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
    Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
    Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
  • Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
    Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
     
 

MAKRUH PUASA

  • Merasa makanan dengan lidah
  •  Bergurau senda dengan isteri  
  • Menggosok gigi selepas tergelincir matahari 
  • Berkumur-kumur berlebihan 
  • Mengulum sesuatu benda

No comments:

Post a Comment