Pages

Tuesday 24 July 2012

Kelebihan - kelebihan Berkahwin Di Usia Muda


 Salam semua pembaca. Semua mesti pernah terdengar tentang perkara ini bukan? Mesti la lagi2 yang dah ada jantung hati/gf/bby/papa/mama dan sebagainya tapi belum berkahwin. Hari ini saya nak cerita tentang Kelebihan  Berkahwin di Usia Muda. . Moh semua jom tambah ilmu :)

Di dalam Shahih Muslim adalah hadis hadis dari Rasulullah SAW sendiri yang bermaksud:-
 "Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab berumah tangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi."

#1 Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?


#2 Mengelak daripada zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

#3 Menjadi lebih bertanggungjawab
Seseorang yang sudah berkahwin terbukti akan menjadi lebih bertanggung kerana diberi amanah untuk menjaga dan menunaikan nafkah.Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.Maka berkahwin terbuikti menjadikan seseorang lebih bertanggungjawab btul x?

#4 Menimbulkan ketenangan jiwa
Ketenangan jiwa amat berharga dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit mahupun hartabenda.Jika bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah bagai tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Tambahan lagi jika diberi rezeki kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina dengan penuh kasih sayang

#5 Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.Fikiran seseorang yang telah berkahwin akan berubah kepada fikiran yang lebih fokus dan akan cenderung kepada tanggungjawab dan amanah. Sejurus dengan itu perkara yang tidak berfaedah dapat dielakkan dengan effektif. maka renung2kan ye

#6 Membaiki diri
Ramai yang mengakui bahawa setelah berkahwin sikap pemalas dalam diri selang hari sedikit demi sedikit dapat dihakis. Si suami akan lebih rajin bekerja berbeza dengan zaman bujang mereka dahulu kala dimana malas bekerja dan selalu berhibur.Manakala Si isteri pula lebih rajin memasak mengemas rumah berhias dan menambah ilmu rumah tangga. Selain itu jika dapat kelapangan antara mereka, mereka boleh solat berjemaah sesama mereka dan lantas mengeratkan dan membaiki diri.

#7 Plan jangka panjang
Plan jangka panjang disini bermaksud persiapan awal dapat dilakukan :) . contohnya jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi berbulan madu tanpa gangguan 

#8 Seks yang lebih berkualiti
Haa yang nie!Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi. Banyak kajian-kajian doktor juga menyarankan kahwin awal kerana kurang penyakit dan mudah untuk mengandung dan beranak

#9 Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

#10 Jangan tunggu lama-lama

Pasti ada di kalangan kita yang sudah mempunyai girlfriend kan? Jika benar menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, apa nak ditunggu lagi? cam lagu terkenal tue. "Jangan tunggu lama-lama  nanti lama-lama dia diambil orang .Bila-bila masa sahaja bunga boleh dirayu sang kumbang hitam yang busuk dan sial.Kalau dah jadi camtu melepas la eden.

Kelebihan Nikah  
Best nikah cer bacesuami pegang-pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!

saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!

Allhhurabbi..SERONOKNYA IBADAH YANG HALAL LAGI BERKAT DISISI ALLAH!
     
Hadis Riwayat Ibnu 'Addi:
"Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku.."

*  *  *

No comments:

Post a Comment